top of page

Polisi Geng Kemas

(Untuk keselamatan, kejelasan & kepercayaan bersama)

 

Dengan ini saya sebagai pelanggan bersetuju dengan syarat-syarat berikut semasa menggunakan perkhidmatan GENG KEMAS:

 

✔️ SAYA BERSETUJU BAHAWA SEMUA PAKAIAN YANG DIHANTAR ADALAH DALAM KEADAAN BERSIH & KERING.

Pihak GENG KEMAS tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kekotoran, bau atau keadaan asal pakaian yang berlaku sebelum penghantaran dibuat.

✔️ SAYA SUDAH MEMASTIKAN TIADA BARANG SELAIN PAKAIAN DI DALAM BEG/LIPATAN.

GENG KEMAS tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barang peribadi seperti wang, dokumen, barangan kecil, atau aksesori yang tertinggal di dalam pakaian.

 

✔️ SAYA TELAH MEMERIKSA DAN MENGOSONGKAN SEMUA POKET PAKAIAN SEBELUM DIHANTAR.

Pihak GENG KEMAS tidak akan membuka atau menyemak poket satu persatu, dan tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang yang tertinggal.

 

✔️ SEMUA URUSAN ADALAH BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEJUJURAN.

Pihak kami mengutamakan servis yang amanah dan telus. Sebarang isu atau aduan perlu dimaklumkan dalam tempoh 24 jam selepas pakaian diterima.

 

✔️ TIADA TUNTUTAN GANTI RUGI AKAN DIBUAT UNTUK KEROSAKAN PAKAIAN YANG BERLAKU AKIBAT FABRIK RAPUH ATAU JAHITAN LAMA.

Kami akan sentiasa berhati-hati, namun tidak dapat mengelakkan kesan jika pakaian berada dalam keadaan tidak stabil sejak awal.

 

✔️ PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN PAKAIAN AKAN DILAKUKAN MENGIKUT MASA YANG DITETAPKAN.

Pelanggan diminta memberi kerjasama semasa proses pickup/delivery. Caj tambahan akan dikenakan untuk permintaan khas di luar jadual biasa.

 

✔️ BARANG YANG TIDAK DITUNTUT DALAM TEMPOH 14 HARI SELEPAS DILIPAT AKAN DIANGGAP SEBAGAI DITINGGALKAN.

Pihak kami berhak untuk mendermakan atau melupuskan pakaian tersebut jika tiada maklumbalas.

 

 

 

📌 Dengan menandatangani borang pelanggan/mengesahkan tempahan, pelanggan dianggap bersetuju dengan semua polisi di atas.

Polisi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa demi keselamatan dan kebaikan bersama.

bottom of page